Rihanna Kena Marah Buka Baju Dalam

Ekoran memakai coli, seluar dalam berwarna merah dan mendedahkan payu dara, bintang pop Rihanna telah diusir dari ladang milik seorang petani di Ireland Utara.


Tindakan drastik itu dilakukan kerana petani itu marah melihat Rihanna memakai bikini semasa sesi penggambaran muzik videonya.

Rihanna, 23, sedang menjalani penggambaran muzik video single terbarunya, We Found Love di sebuah ladang milik petani tersebut di bandar Bangor, timur Belfast pada Isnin lalu.

Namun, petani itu, Alan Graham memutuskan penyanyi popular itu bertindak keterlaluan apabila dia melucutkan pakaiannya sekali gus mendedahkan bikini kecil berwarna merah yang dipakainya.

Akhbar-akhbar Ireland menyatakan Rihanna turut mendedahkan payu daranya buat seketika.

Melihat aksi menjolok mata berlaku di ladangnya, petani berusia 61 tahun itu yang sebelum ini membenarkan sesi penggambaran itu dilakukan, segera turun dari traktornya dan menyuruh bintang pop itu kembali memakai pakaiannya.

“Perbuatannya itu tidak sesuai. Dia tahu saya seorang penganut Kristian yang patuh,” kata Graham.

“Kami berjabat tangan dan dia kemudian beredar dari tanah saya secara baik,” tambahnya.

-Agensi

0 comments:

Post a Comment

Hamidi7884.net tidak bertanggungjawab di atas setiap komen, pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pelawat dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian 'kami'.

[RAKAN BLOGGER]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...